Pejuang sudah hantar surat akuan ke Istana Negara, calon dari luar parti - Utusan Malaysia

Pejuang sudah hantar surat akuan ke Istana Negara, calon dari luar parti

ULYA AQAMAH HUSAMUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sudah menghantar surat akuan bagi menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu kepada Istana Negara, pukul 3.40 petang tadi.

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin bagaimanapun tidak memperincikan calon yang diketengahkan parti untuk proses undian.

Katanya, calon yang dicadangkan oleh Pejuang adalah individu daripada luar parti.

“Maaf, calon itu saya tidak dapatkan jelas kerana kalau ikutkan permintaan surat Speaker Dewan, undi adalah rahsia.

“Namun, seperti yang Datuk Seri Mukhriz sebut sebelum ini, kami (Pejuang) tidak akan bersama pihak yang ada kleptokrat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ulya Aqamah berkata demikian ketika ditanya sama ada parti diasaskan Tun Dr. Mahathir itu sudah menghantar surat akuan kepada Istana Negara yang bertarikh akhir hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan memberitahu, ahli-ahli Dewan Rakyat perlu memberikan surat akuan masing-masing kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd. Alim sebelum pukul 4 petang tadi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya