Muqharabbin tawar hadiah RM25,000, pakej haji - Utusan Malaysia

Muqharabbin tawar hadiah RM25,000, pakej haji

MUHAMMAD MUQHARABBIN MOKHTARRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk  Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin hari ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan pakej menunaikan haji kepada dua atlet lumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom sekiranya berjaya mendapatkan pingat emas Olimpik pertama negara.

Muqharabbin berkata, sumbangan sebanyak RM15,000 akan turut diberikan kepada kedua-dua atlet berkenaan sekiranya memenangi Perak.

“Jika menang gangsa atau masuk final sekali pun, saya akan beri RM10,000 sebagai tanda penghargaan dan pengorbanan atlet negara kita yang mengharumkan nama negara.

“Selain itu, hadiah dalam jumlah sama akan turut diberikan kepada pasangan beregu yang memenangi pingat gangsa untuk negara dalam acara badminton iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing telah mengesahkan aksi ke suku akhir keirin di Velodrom Izu di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Beliau yang juga penjelajah Grand Slam pertama Malaysia berkata, sebagai seorang atlet, beliau tahu akan jerih perih dilalui kalangan atlet tersebut.

“Saya dapat merasakan apa yang dilalui kalangan atlet tersebut terutamanya apabila hanya disokong ketika menang dan direndah-rendahkan ketika kalah.

“Hakikatnya bukan mudah untuk menjadi juara dunia, dapat layak ke Olimpik pun merupakan satu pencapaian tertinggi,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya