Misteri buah sawit hilang terungkai - Utusan Malaysia

Misteri buah sawit hilang terungkai

LORI digunakan dua suspek yang ditahan selepas disyaki mencuri buah kelapa sawit penduduk di Blok 12, Felda Sungai Mas, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Misteri kehilangan buah kelapa sawit penduduk di Blok 12, Felda Sungai Mas, di sini terungkai dengan tertangkapnya dua lelaki penduduk tempatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan kejadian curi buah kelapa sawit di kawasan Felda berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang, kelmarin.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, dua lelaki berusia 39 dan 41 tahun berjaya ditangkap bersama sebuah lori dengan muatan 41 tandan kelapa sawit.

“Polis  merampas 41 tandan buah kelapa sawit seberat tiga tan yang berharga kira-kira RM2,700. Turut dirampas sebuah lori yang digunakan oleh suspek.

“Anggaran nilai rampasan kira-kira RM25,000. Saringan air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah dan juga tiada  rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kedua-dua suspek yang juga peneroka disyaki melakukan perbuatan pertama dan kedua dalam tempoh dua bulan.

Katanya, kedua-dua  direman tiga hari sehingga Ahad untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN