"Minta tolong ikuti saya di Instagram. Supaya nama lepas stesen TV" - Taufiq Hanafi - Utusan Malaysia

“Minta tolong ikuti saya di Instagram. Supaya nama lepas stesen TV” – Taufiq Hanafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon yang popular dengan filem Paskal, Taufiq Hanafi, mendedahkan namanya seakan sukar untuk menembus masuk dalam senarai pilihan pelakon oleh stesen televisyen (TV) kerana tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai.

Perkara itu secara tidak langsung dikongsikan oleh Taufiq di selepas satu ciapannya di Twitter telah mendapat respons daripada pengguna platform media sosial itu.

“Tak ada benda nak jual, cuma, minta tolong ikuti saya di Instagram saja. Supaya nama lepas stesen TV.

“Maklumlah nama selalu tak lepas TV sebab jumlah pengikut sendu. Sudi-sudilah ikuti saya ya supaya dapat tawaran lakonan. Amin,” katanya dalam hantaran tersebut semalam.

Terdahulu, pelakon berusia 31 tahun ini telah menulis satu ciapan berhubung isu wabak Covid-19 di Twitter.

“Kenapa sekarang ramai yang cakap Covid-19 itu nyata? Habis itu, selama ini apa? Latihankah?”tulisnya.

Setakat malam tadi, ciapan itu telah mendapat 57,800 tanda suka selain 40,200 ciapan semula oleh para pengguna Twitter.

Sementara itu, Taufiq dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya di Twitter yang telah mengikutinya di akaun Instagram.

“Terima kasih, saya hargainya sangat-sangat,”katanya.

Selain Paskal, Taufiq juga pernah membintangi filem Ola Bola pada tahun 2016 dan membawakan watak Abu menerusi filem pertama lakonanya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya