Mayat bayi masih bertali pusat ditemukan dalam beg plastik - Utusan Malaysia

Mayat bayi masih bertali pusat ditemukan dalam beg plastik

Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemukan dalam beg plastik di sebuah premis di Penampang, Sabah hari ini.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan mati di tangga sebuah premis di Bundusan, Penampang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.10 petang itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang bayi lelaki di sebuah premis di Bundusan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, selepas menerima laporan, sepasukan anggota polis diarahkan melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, terdapat seorang bayi yang diletakkan dalam beg plastik dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan bayi tersebut baharu dilahirkan dan telah meninggal dunia kira-kira enam jam sebelum ia dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dekat sini untuk tujuan bedah siasat.

Mohd. Haris berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan dan membuang mayat. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis Penampang turut meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk segera menghubungi bilik gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian 014-653 5238.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya