Masuk Brunei secara haram, enam warga Bangladesh dihukum lima bulan penjara, tiga sebatan - Utusan Malaysia

Masuk Brunei secara haram, enam warga Bangladesh dihukum lima bulan penjara, tiga sebatan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Enam warga Bangladesh masing-masing mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman lima bulan penjara dan tiga kali sebatan di Mahkamah Majistret di sini.

Pelita Brunei melaporkan, hukuman tersebut diputuskan oleh Majistret Kanan, Azrimah Abdul Rahman ke atas Md. Al Amin Mondol; Babul Dewan; Jalal; Md. Jasim Uddin; Shaheen Howlader; dan Mohammad Rabbi Hossain.

Keenam-enam defendan, masing-masing didakwa melakukan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Imigresen Penggal 17 dan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen Penggal 17 dan Seksyen 5 (2) akta yang sama.

Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 5 (1), mereka dijatuhi hukuman dua bulan penjara kerana memasuki Brunei secara tidak sah tanpa melalui pos-pos kawalan imigresen yang diisytiharkan.

Pertuduhan kedua di bawah Seksyen 6 (1) (c) iaitu tanpa memiliki pas imigresen yang sah, enam defendan tersebut dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga kali sebatan.

Pertuduhan ketiga bagi Seksyen 5 (2) akta yang sama, mereka masing-masing dijatuhi hukuman dua bulan penjara kerana keluar dari negara ini secara tidak sah tanpa melalui pos-pos kawalan imigresen yang diisytiharkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara serentak sementara pertuduhan ketiga dijalankan secara berasingan terhadap Md. Al Amin Mondol, 44; Babul Dewan, 40; Jalal, 32; Md. Jasim Uddin, 39; Shaheen Howlader, 25; dan Mohammad Rabbi Hossain, 25.

Hasil siasatan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaraan Kebangsaan (JIPK), kesemua defendan memasuki dan keluar dari negara ini melalui ‘jalan tikus’.

Kesemua defendan juga dibawa ke Perkampungan Sukan Berakas bagi menjalani pengasingan diri mandatori selama 14 hari dan seterusnya menjalani ujian swab.

Hasil daripada ujian swab, Kementerian Kesihatan mengesahkan keenam-enam defendan berkenaan adalah negatif.

Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPk, Md. Zul Azri Ranee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya