Makan di kedai rancakkan perniagaan - Utusan Malaysia

Makan di kedai rancakkan perniagaan

Sebahagian pelanggan makan di sebuah restoran selepas kebenaran untuk pelanggan makan di dalam premis dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan melalui Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Kangar Perlis di sini hari ini. -FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengusaha restoran sekitar negeri ini tidak sabar menyambut pelanggan yang dibenarkan makan di kedai susulan Perlis beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula kelmarin

Rata-rata pemilik restoran yang ditemui Utusan Malaysia memaklumkan perkembangan tersebut sekali gus membantu merancakkan perniagaan mereka yang agak terjejas sebelum ini.

Pemilik Restoran Mee Zdin, Zainudin Bhukarai, 43, berkata, berita gembira itu sememangnya tidak disangka-sangka memandangkan terdapat peningkatan kes Covid-19 di negeri ini kebelakangan ini.

 

ZAINUDIN BHUKARAI mengelap meja makan sebagai persediaan kepada pelanggan yang kembali dibenarkan makan di kedai dalam fasa tiga PPN bermula esok di Restoran Mee Zdin Jalan Kuala Perlis, Kampung Titi Serong, Kuala Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI

“Sebelum ini, banyak restoran terjejas, malah ada yang tidak dapat beroperasi kerana kekangan daripada segi perniagaan melalui sistem penghantaran dan sebagainya.

“Bagi pemilik restoran ikan bakar di Kuala Perlis antaranya, mereka agak terjejas kerana kebiasaan orang ramai lebih gemar untuk makan di kedai berbanding beli bawa pulang.

“Alhamdulillah perniagaan kami boleh bertahan walaupun agak terjejas. Mungkin selepas ini kami dapat meningkatkan jumlah pekerja kepada 80 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus ketika ini,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kuala Perlis, Kampung Titi Serong, Kuala Perlis di sini semalami.

Sementara itu, pemilik Restoran Dunia Yong Tau Foo Jalanan cawangan Kangar Jaya, Rohayu Sudirman, 29, berkata, dia menyambut baik kebenaran makan di kedai dan berharap ia kekal.

“Memang baik dapat buka semula kerana pendapatan kami terjejas dan turut memberi kesan kepada pekerja kerana kami tidak mampu untuk membayar gaji seperti sebelum ini.

“Bagaimanapun, kami harapkan pembukaan penuh untuk makan di kedai ini berterusan kerana letih juga dengan situasi ‘buka tutup buka tutup’ ini. Jadi saya merayu agar semua orang dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya kes tidak terus meningkat,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang jurujual, Asri Bahrom, 27, pula berkata, kelonggaran yang diberikan dalam fasa tiga terutamanya dapat makan di kedai cukup dihargai.

“Alhamdulillah kerana Perlis sudah boleh beralih ke fasa tiga. Selepas ini lebih senang apabila mahu makan tengah hari semasa waktu rehat bekerja kerana kami boleh makan terus di kedai.

“Saya minta agar rakyat menghargai kelonggaran yang diberikan ini untuk sama-sama mengawal daripada kes merebak semula di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya