Lebih 400 Jalur Gemilang berkibar di 8 balai bomba Kemaman, Dungun - Utusan Malaysia

Lebih 400 Jalur Gemilang berkibar di 8 balai bomba Kemaman, Dungun

AZMAN Alias (depan, kanan) mengibarkan Jalur Gemilang bersama pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai di Kemaman, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lebih 400 Jalur Gemilang berkibar megah di lapan balai bomba sekitar daerah ini dan Dungun sejak 1 Ogos lalu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, kesibukan tugas tidak menghalang kesemua 261 anggota dan pegawai untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara.

“Walaupun ada yang bertugas di barisan hadapan termasuk menguruskan kerja-kerja nyah kuman di samping pengebumian jenazah Covid-19, tetapi, masing-masing berkobar-kobar untuk meraikan kemerdekaan

“Ketibaan 31 Ogos membakar semangat kami untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara,” katanya kepada pemberita selepas program sambutan bulan kemerdekaan peringkat Zon 2 Terengganu di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai di sini hari ini.

Azman berkata, inisiatif itu juga merupakan solidariti kepada negara dan barisan petugas hadapan yang bertungkus-lumus memerangi Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya