Kuarantin di rumah: Mohon 7 hari sebelum ketibaan - Utusan Malaysia

Kuarantin di rumah: Mohon 7 hari sebelum ketibaan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman melibatkan pengembara melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Johor perlu dikemukakan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke Malaysia. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mengambil kira jumlah kemasukan tinggi melalui pintu tersebut, permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman akan diproses Jabatan Kesihatan Negeri Johor serta perlu dikemukakan kepada [email protected]

“Pengembara juga perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan ujian RT-PCR Covid-19 selewat-lewatnya tiga hari sebelum berlepas. 

“Penilaian risiko terhadap pengembara dibuat berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. 

Beliau berkata, rumah atau tempat kediaman boleh dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai tempat kuarantin wajib sekiranya memenuhi syarat-syarat iaitu pengembara warga Malaysia dan warga asing yang mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia termasuk penduduk tetap (PR), Malaysia As My Second Home Resident (MM2H) dan pekerja. 

Menurutnya, selain itu, negatif ujian RT-PCR Covid-19, pengembara telah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap dan rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian. 

“Individu telah lengkap divaksin adalah individu yang memenuhi kriteria-kriteria iaitu bagi jenis vaksin memerlukan dua dos suntikan seperti Comirnaty (Pfizer-BioNTech), Covid-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm), mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua. 

“Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Covid-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino), individu tersebut mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan,” katanya. 

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pengembara warga Malaysia dan warga asing yang tidak memenuhi syarat dan kelayakan perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin kerajaan dengan biaya ditanggung sendiri. 

“Semua pengembara perlu menjalani penilaian kesihatan dan ujian RT-PCR Covid-19 sekali lagi semasa ketibaan di PMA. Bagi pengembara yang bergejala ringan dikehendaki menjalani ujian pengesanan Covid-19, RTK-Antigen atau RT-PCR. 

“Jika ujian RTK-Antigen positif, buffer solution dihantar ke makmal untuk ujian PCR. Pengembara ini dibenarkan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman dan tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan ujian,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi pengembara yang mengalami gejala sederhana atau teruk akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dan tindakan selanjutnya adalah berdasarkan kepada penilaian kesihatan dan keputusan pakar. 

Beliau berkata, tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari semua negara adalah 14 hari, namun akan dilanjutkan selama tujuh hari lagi menjadikan jumlah kuarantin 21 hari. 

“Ia sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko terhadap pengembara tersebut yang dijalankan pada hari ke-14.

“Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di tempat kediaman, rumah atau stesen kuarantin yang sama,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya