Kreativiti petua bisnes terus bertahan - Utusan Malaysia

Kreativiti petua bisnes terus bertahan

MESKIPUN memiliki diploma dalam bidang Kawalan Numerikal Komputer (CNC), Muhammad Bukhari Mohd. Rashid lebih selesa untuk bekerja di ladang ternakan kambingnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Seorang usahawan membuktikan kreativiti penting dalam mengoptimumkan jualan produk perniagaannya yang berasaskan ternakan kambing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhammad Bukhari Mohd. Rashid, 28, berkata, selain susu, dia turut memproses hasil tenusu seperti keju, dadih dan yogurt berasaskan kambing.

Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu juga memproses tinja kambing untuk dijadikan baja organik selain mengkomersialkan rumput jenis ‘napier’ yang pada awalnya diusahakan untuk dijadikan makanan kepada haiwan ternakan berkenaan sahaja.

“Baja organik itu sebenarnya mendapat permintaan yang agak tinggi di pasaran dan saya bertuah kerana penjualannya juga membantu mengurangkan kerugian yang saya alami semasa PKP.

“Selain dipasarkan di sekitar kawasan utara, baja ini juga dijual menerusi platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee pada harga sekitar RM15 sekilogram,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ketika ini, Muhammad Bukhari menguruskan hampir 60 ekor kambing tenusu di sebuah ladang ternakan seluas lebih 0.4 hektar dengan dibantu dua pekerjanya di Kampung Tun Sardon, di sini.

Di ladang yang sama juga, pemuda lulusan Diploma Kawalan Numerikal Komputer (CNC) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang itu turut menanam tiga jenis rumput iaitu jenis Napier Dwarf, Napier Taiwan dan Napier Pak Choy yang mampu menghasilkan sehingga 12 tan metrik apabila dituai selepas 35 hari.

Menurutnya, dalam sehari dia cuma memerlukan sekitar 300 kilogram (kg) rumput sahaja bersama kira-kira 40 kg pelet untuk makanan kambing-kambing tenusunya.

Selebihnya pula, kata Muhammad Bukhari, rumput itu akan dijual kepada penternak lain dan dia turut menjual benih tumbuhan itu secara keratan batang termasuk secara dalam talian ketika ini.

“Untuk masa depan pula, saya merancang menghasilkan yang baja lebih khusus bagi setiap tanaman berbanding sekarang iaitu baja untuk kegunaan am sahaja,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya