Kongsi perasaan tentang kemerdekaan menerusi esei - Utusan Malaysia

Kongsi perasaan tentang kemerdekaan menerusi esei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sambutan Hari Kebangsaan  lazimnya dipupuk sejak dari bangku sekolah apabila pelbagai aktiviti berkaitan dengannya dianjurkan, namun ketika ini sesi persekolahan ditutup pasti menyuramkan semangat tersebut dalam kalangan pelajar.

Justeru Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif mempelawa pelajar sekolah yang berusia 18 tahun ke bawah untuk menyertai pertandingan menulis esei bagi meluahkan rasa cinta kepada negara menerusi penulisan.

Lebih hampir RM2,000 hadiah berupa wang tunai ditawarkan bagi pemenang mengikut kategori A iaitu penyertaan daripada remaja berusia 13 hingga 15 tahun dan B pula 16 hingga 18n tahun.

Menurut, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad memberitahu peserta yang berminat boleh menghantar penulisan tentang pengalaman, perasaan dan kisah berkaitan Hari Kebangsaan.

“Bagi Kategori A, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM100) manakala tiga pemenang saguhati akan menerima RM50 seorang dan setiap pemenang juga diberikan sijil penghargaan.

“Kategori B pula, tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM400, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200). Tiga pemenang sagu hati bagi kategori ini juga akan mendapat RM50 setiap orang dan semua pemenang diberikan sijil penghargaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh demikian, beliau mengalu-alukan penyertaan, namun setiap peserta dibenarkan menghantar satu esei sahaja dan kandungannya tidak menyentuh hal berkaitan politik, perkauman dan agama.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka peluang kepada orang ramai meluah rasa cinta kepada negara melalui penulisan esei.

“Peserta berpeluang untuk berkongsi pandangan, perasaan, cerita dan pengalaman berdasarkan tema Hari Kebangsaan.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 13 hingga 18 tahun. Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (13-15 tahun) dan Kategori B (16 – 18 tahun),” ujarnya.

Peserta yang berminat boleh melayari Facebook MBSA untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara penyertaan dan syarat-syarat lain.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya