Kilang kecil perlu segera daftar pekerja dalam Pikas - Utusan Malaysia

Kilang kecil perlu segera daftar pekerja dalam Pikas

MOHAMAD Rafie (tengah) dan Mohamad Taufek (dua dari kiri) menerima replika cek daripada Lim Kwee Shyan (dua dari kanan) dalam program penyerahan sumbangan bagi membantu keluarga terkesan akibat Covid-19 di Senawang, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menggesa supaya kilang-kilang berskala kecil di negeri ini segera mendaftarkan pekerja-pekerja bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, langkah berkenaan penting bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak Covid-19 di tempat kerja.

“Saya harap pihak kilang-kilang kecil dapat mendaftar segera dalam program Pikas tersebut agar pekerja-pekerja mereka mendapat vaksinasi dengan segera.

“Dua buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pikas yang telah dibuka di negeri iaitu di Cattleya dekat Senawang dan d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan dilihat mencukupi bagi memberikan vaksinasi kepada setiap pekerja kilang di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan daripada pihak syarikat pengeluar sarung tangan, Careplus Group Sdn. Bhd di Senawang hari ini.

Menerusi program berkenaan, syarikat berkenaan menyumbangkan sebanyak RM70,000 kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ampangan, Paroi dan Seremban Jaya bagi membantu keluarga yang terkesan akibat Covid-19.

Yang hadir sama dalam program berkenaan, ADUN Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani, ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran dan Ketua Pegawai Eksekutif, Careplus Group Sdn. Bhd., Lim Kwee Shyan.

Dalam pada itu, Mohamad. Rafie memberitahu, sebanyak 40,000 pekerja sektor perindustrian di negeri ini telah mendaftar melalui Pikas.

“Saya berharap dengan adanya PPV Pikas berkenaan ia dapat meransang semula dan memulihkan semula ekonomi negara terutama dalam sektor pembuatan dan perindustrian,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya