Kedudukan PN Perak dalam kerajaan negeri tidak berubah - Utusan Malaysia

Kedudukan PN Perak dalam kerajaan negeri tidak berubah

ZAINOL FADZI PAHARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Kedudukan Perikatan Nasional (PN) Perak dalam kerajaan negeri tidak berubah walaupun UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Pusat.

Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata,  namun PN Perak akan menurut pertimbangan dan keputusan pimpinan tertinggi peringkat Pusat.

“Kedudukan PN Perak dalam kerajaan negeri masih kekal sama dan akan menurut pertimbangan serta keputusan kepimpinan tertinggi PN yang mana fokus utama kita adalah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zainol berkata, PN Perak merasakan kenyataan akhbar UMNO Perak selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin haruslah lebih peka dan sensitif terhadap keadaan semasa di Perak.

“Ini kerana kewujudan kerajaan negeri adalah kerana sokongan daripada PN yang membentuk kerajaan negeri. 

“Ia tidak seharusnya berlaku dalam tampuk pimpinan bersama dalam kerajaan yang ditubuhkan,” katanya.

Menurutnya, PN Perak menzahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap keputusan UMNO menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri oleh lapan Ahli Parlimen boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat tentang status kerajaan sedia ada.

Katanya, tindakan itu hanya akan mengeruhkan keadaan ketika kerajaan sedang memerangi Covid 19. 

“Tumpuan harus diberikan sepenuhnya untuk mengurus masalah pandemik dan membantu rakyat yang terkesan. 

“Sebagai pemimpin adalah wajib untuk kita meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang tertinggi mendahului kehendak dan keperluan politik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya