Kediaman kuaters polis Bayan Baru terbakar - Utusan Malaysia

Kediaman kuaters polis Bayan Baru terbakar

Kerajaan memperuntukkan RM95 juta untuk membaiki aset-aset polis yang usang dan mengalami kerosakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebuah kediaman di aras 10 kuarters polis Balai Bayan Baru di sini hangus dalam kejadian kebakaran di sini sebentar tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi selepas penduduk termasuk pengguna jalan raya melihat kepulan asap dan api di kediaman berkenaan.

Ketika ini, belum dapat dipastikan sama ada terdapat penghuni mahupun sebaliknya.

Pengguna jalan raya, Mohd. Azrul Azizan, 42 berkata, dia menyedari kepulan asap di kediaman berkenaan ketika melalui jalan utama di hadapan Balai Polis Bayan Baru berkenaan.

“Ketika itu, keadaan asap masih kecil dan apabila melihat api menjadi semakin besar, saya memaklumkan kepada polis yang bertugas di pondok keselamatan di situ,” ujarnya.

Ketika ini Pasukan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru berada di lokasi kejadian dan operasi pemadaman sedang dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya