JKM Kinta cari waris kanak-kanak perempuan - Utusan Malaysia

JKM Kinta cari waris kanak-kanak perempuan

JESMIN Oo, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang sedang dikesan ibu kandungnya oleh JKM Kinta. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Waris seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang ditinggalkan ibunya sejak lahir sedang dikesan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kinta.

JKM dalam kenyataannya berkata, Jesmin Oo ditinggalkan ibu kandungnya dikenali San San Oo di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dilahirkan pramatang pada 7 Februari 2017.

Katanya, kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan keluarga angkatnya yang dipelihara sejak 28 Julai 2019.

“Waris kanak-kanak ini dicari bagi membantu urusan permohonan anak angkat dan akan dipohon setelah prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-kanak di Ipoh selesai.

“Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Unit Kanak-kanak pejabat JKM Daerah Kinta di talian 05-2410986 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya