Ivermectin bukan seperti panadol, jangan guna sembarangan - Utusan Malaysia

Ivermectin bukan seperti panadol, jangan guna sembarangan

DR. PRAMJIT Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan diri dengan menggunakan produk Ivermectin untuk tujuan rawatan dan pencegahan Covid-19 tanpa pengawasan doktor.

Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS), Dr. Pramjit Singh berkata, ini kerana Ivermectin bukan sejenis ubat yang boleh digunakan tanpa pengawasan pakar kesihatan seperti panadol yang banyak diambil oleh rakyat negara ini.

“Ada laporan yang menyatakan orang ramai menyalahgunakan Ivermectin dengan membeli dan mengambilnya sendiri tanpa pengawasan doktor.

“Ubat ini merbahaya diambil jika tiada pengawasan, kita kena patuhi garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung penggunaan Ivermectin ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Perikatan Malaysia Untuk Kawalan Covid Berkesan (MAECC) menggesa kerajaan mempercepatkan kelulusan penggunaan Ivermectin selepas ubat itu tergolong dalam kategori ubat-ubat penting sebagai alternatif terbaharu dalam mengekang wabak Covid-19.

Urusetia MAECC, Kapten Dr. Wong Ang Peng berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah lama memasukkan Ivermectin dalam senarai ubat-ubat penting bagi mengawal penularan wabak itu.

Dalam pada itu, menurut Pramjit, tidak ada data klinikal bagi membuktikan keberkesanan penggunaan Ivermectin dalam rawatan mahupun pencegahan wabak itu.

“Kita tidak boleh bahayakan diri sendiri dengan mengambil ubat yang masih belum ada data klinikal yang sahih.

“Hanya pakar perubatan bertauliah mempunyai protokol sama ada mahu menggunakan Ivermectin ke atas pesakit Covid-19 atau tidak,” katanya.

Tambahnya, penggunaan Ivermectin perlu dipantau oleh doktor sepanjang pengambilannya memandangkan produk ini mempunyai kesan sampingan jika diambil secara berterusan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya