Ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus meninggal dunia

LOLANOPITA Sadi (kanan) meninggal dunia di HTAN Kuala Pilah petang tadi selepas sebulan menerima rawatan akibat masalah buah pinggang yang dihadapinya. Gambar kiri merupakan Allahyarham anaknya, Muhammad Firdaus Dullah yang meninggal dunia pada 2015.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU), Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah hari ini.

Lolanopita Sadi, 47, meninggal dunia pada pukul 2.30 petang tadi ketika dirawat kerana mengalami masalah buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Rakannya, Soriati Parmin, 42, berkata, keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak Aidiladha lalu dan dia kemudian dibawa ke HTAN untuk mendapatkan rawatan.

“Dia sudah setahun mengalami masalah buah pinggang, seminggu sebelum Hari Raya Haji lalu dia keluar daripada hospital selepas mendapatkan rawatan penyakitnya itu, dan saya selepas itu menjaganya.

“Pada 27 Julai lalu dia kembali ditahan wad sehingga dia meninggal dunia hari ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Soriati menambah, Allahyarham selamat dikebumikan di Kampung Mahsan, Jempol pukul pada 8 malam ini.

Pada 18 November 2014, Lolanopita dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Ia dia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan.

Kisah Muhammad Firdaus menggemparkan negara apabila remaja istimewa itu ditemui dalam keadaan menyedihkan pada 21 Jun 2014 ketika operasi Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di kawasan rumah pangsa Taman Semarak, Nilai.

Muhammad Firdaus meninggal dunia pada usia 16 tahun di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban pada tahun 2015 dipercayai akibat diserang sawan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya