Ebit Lew sebak selepas sumbang kontena sejuk beku ke hospital - Utusan Malaysia

Ebit Lew sebak selepas sumbang kontena sejuk beku ke hospital

Ebit Lew menyerahkan dua kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat di dua hospital hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis sosial terkenal, Ebit Lew sebak setelah mendengar seribu satu kisah daripada doktor dan pegawai kesihatan selepas menyumbangkan dua kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Hal ini berikutan hospital terbabit tidak mempunyai fasiliti kesihatan mencukupi ketika bergelut dalam menguruskan pesakit-pesakit Covid-19.

Justeru, beliau bersyukur kerana berpeluang untuk menyerahkan kontena berkenaan sekaligus memasangnya untuk digunakan pihak hospital.

“Masa sampai tadi jadi sebak. Apabila dengar cerita doktor dan pegawai hospital. Cara mereka berterima kasih buat saya jadi sebak sangat. Hari Sabtu kami berbual hari ini Selasa sudah sampai katanya. Banyak lagi hospital memerlukan kontena ini. Doakan ya.

“Berat ujian negara kita kali ini. Semoga Allah beri kekuatan buat doktor, jururawat, barisan hadapan dan semua petugas Kementerian Kesihatan. Allah beri sembuh pada yang sakit. Semoga Allah mudahkan segala urusan pesakit dan keluarga,” katanya hari ini.

Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkongsi kenyataan itu di Facebooknya hari ini beserta beberapa gambar kontena.

Kiriman itu mendapat 26,000 tanda suka, 943 komen dan 722 perkongsian malah rata-rata pengguna media sosial berterima kasih dan bersyukur atas sumbangan diberikan aktivitis sosial berbangsa Cina itu.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak kerana membantunya memudahkan misi bantuan tersebut.

“Terima kasih Kementerian Kesihatan, tuan-tuan, puan-puan semua yang bersama kami selama ini. Inshaallah kita akan cuba bantu dari semasa ke semasa.

“Pesakit dan yang meninggal dunia bukan orang lain. Keluarga kami juga. Sama-sama kita membantu dan mendoakan,” katanya. UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya