Duda ditemukan mati dalam rumah - Utusan Malaysia

Duda ditemukan mati dalam rumah

ANGGOTA polis dan kakitangan Kementerian Kesihatan mengusung mayat Harisman Ismail yang ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Temonyong, Langkawi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang duda ditemukan mati di dalam rumahnya di Kampung Temonyong di sini hari ini.

Mangsa, Harisman Ismail, 45, ditemukan oleh bapa saudaranya dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen kira-kira pukul 1.20 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, anggotanya bersama kakitangan Kementerian Kesihatan bergegas ke rumah tersebut sebaik menerima maklumat berhubung kejadian.

Katanya, petugas yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) membuat pemeriksaan ke atas mayat mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai mati sejak dua hari lalu berdasarkan keadaan mayat mula membengkak selain keterangan saksi yang kali terakhir menemui mangsa pada Selasa lalu,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata, bapa saudara mangsa memaklumkan lelaki terbabit tidak datang ke rumahnya sejak dua hari lalu.

“Dia bertindak pergi ke rumah mangsa sebelum melihat ke dalam rumah menerusi celah pintu yang berkunci dan ternampak lelaki itu dalam keadaan tertiarap,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya