Ditawar Timbalan Perdana Menteri: Tok Mat enggan ulas - Utusan Malaysia

Ditawar Timbalan Perdana Menteri: Tok Mat enggan ulas

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan enggan mengulas lanjut tentang laporan media yang menyatakan beliau menolak tawaran untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan ketika Utusan Malaysia menghubunginya menerusi pesanan WhatsApp hari ini.

“Saya enggan ulas,” katanya ringkas.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan yang memetik kenyataan Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa Mohamad menolak tawaran menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana menghormati keputusan parti itu.

Setiausaha Agung UMNO itu juga ketika siaran langsung semalam turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat tawaran itu kepada Mohamad awal tahun ini.

“Ia betul dan perkara itu tepat namun yang terbaik adalah menjemput timbalan presiden untuk memberikan kenyataannya,” kata Ahmad. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya