Beberapa lokasi di Batu Pahat dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Beberapa lokasi di Batu Pahat dilanda banjir kilat

SEBUAH rumah yang dinaiki air ekoran hujan lebat dan pertembungan air pasang di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama dua jam bermula pagi tadi selain fenomena pertembungan air pasang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batu Pahat, Leftenan Mohd. Faezie Abdul Aziz berkata, hujan sejak pukul 8 pagi itu telah mengakibatkan Pusat Bandar Batu Pahat, Taman Sri Wangsa, Taman Flora dan Taman Pelangi, di sini dinaiki air sedalam 0.8 meter.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka dan keadaan cuaca sehingga pukul 10 pagi tadi adalah hujan separa lebat.

“Situasi itu termasuk fenomena air pasang setinggi 1.4 meter yang telah menyebabkan limpahan air ke kawasan terlibat dan kawasan berkenaan juga berhampiran dengan muara Sungai Simpang Kiri,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, agensi berkaitan masih memantau keadaan dan cuaca dari semasa ke semasa termasuk di tempat-tempat rendah yang berisiko dinaiki air.

“Nasihat APM kepada orang awam jika berlaku banjir di kawasan mereka agar segera menghubungi agensi terlibat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya