Banjir: Pengusaha cili rosak rugi RM6,000 - Utusan Malaysia

Banjir: Pengusaha cili rosak rugi RM6,000

ARIZULFA Baharum menunjukkan tanaman cili yang diusahakannya dinaiki air akibat hujan berterusan di Kampar. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang pengusaha  cili fertigasi di sini  kerugian apabila tanamannya rosak akibat banjir kilat yang melanda kawasan itu baru-baru ini.

Arizulfa Baharum, 47, menanam 1,000 pokok cili fertigasi klon bara dan kulai yang sedang mengeluarkan hasil.

Katanya, tanaman itu sepatutnya memberi pendapatan  antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan bagi membolehnya menyara keluarga.

“Air naik secara mendadak menyebabkan kawasan tanaman cili yang saya usahakan rosak.

“Walaupun air tidak menenggelamkan keseluruhan pokok cili, namun air yang bertakung menjejaskan tanaman  dan saya anggarkan rugi RM6,000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Baru Kuala Dipang dekat sini.

Banjir di daerah ini baru-baru ini menyebabkan beberapa penduduk dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Penduduk mendakwa banjir kilat yang berlaku di kawasan Kampung Tersusun Batu 20 di sini setiap kali hujan lebat berpunca daripada limpahan air lombong tinggal ke kampung hampiran.

Mangsa banjir, Abdul Aziz Hashim, 59 berkata, hujan berterusan baru-baru ini menyebabkan air dari lombong tinggal yang melimpah hingga ke kawasan rumah penduduk.

Katanya, antara kampung yang dinaiki air termasuk Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Nyior, Kampung Kuala Dipang Tepian Sungai dan Kampung Tersusun Batu 20 melibatkan kira-kira 350 rumah.

“Kami berharap pihak yang berkenaan dapat melihat masalah ini kerana kami tidak mahu ia berlaku lagi.

“Penduduk bimbang jika banjir menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke PPS dalam keadaan Covid-19 yang semakin tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya