Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit Covid-19 terbabas - Utusan Malaysia

Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit Covid-19 terbabas

KEADAAN pembantu perubatan yang terlibat kejadian ambulans terbabas di Jalan Tambun, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah ambulans yang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit Covid-19 terbabas ke dalam longkang di Jalan Tambun di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, kejadian berlaku ketika ambulans dipandu lelaki berusia 55 tahun itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ke Kampung Melayu Batu 8, Hulu Kinta.

“Kenderaan dinaiki dua kakitangan Klinik Tanjung Rambutan itu dalam perjalanan untuk mengambil pesakit Covid-19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput.

“Kenderaan itu bagaimanapun hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain mahupun kerosakan harta awam di tepi jalan.

Katanya, pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan manakala pembantu perubatan berusia 40 tahun mengalami sakit di bahagian pinggang.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat gagal mengawal kenderaan hingga terbabas sendiri. Kejadian berlaku ketika hujan dan jalan basah.

“Ambulans tersebut telah dinyahkuman dan ditarik balik ke klinik Tanjung Ranbutan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya