MUMBAI: Pelakon terkenal, Abhishek Bachchan selesai menjalani pembedahan susulan kecederaan dialaminya ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, baru-baru ini.
The Indian Express melaporkan, Abhishek yang juga anak kepada pelakon legenda, Amitabh Bachchan berkongsi keadaan dirinya yang terkini menerusi Instagram.
“Saya mengalami patah tangan kanan akibat kemalangan di set penggambaran filem terbaharu yang berlangsung di Chennai.
“Saya kembali ke Mumbai untuk menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan. Pembedahan selesai dan sekarang saya pulang ke Chennai untuk kembali bekerja.
“Seperti yang mereka katakan, perjuangan harus diteruskan! Dan seperti yang selalu diingatkan ayah, lelaki jangan pernah merasa sakit! ok, ia sedikit menyakitkan. Terima kasih atas doa dan keprihatinan anda,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Lilavita berkata kecederaan yang dialami Abishek adalah kecil dan beliau hanya memerlukan rawatan biasa.
“Abhishek meluang masa beberapa jam untuk mendapatkan rawatan kecil terhadap masalah dihadapi.
“Dia dibenarkan pulang dan telah pun balik ke rumah,” katanya.