Akibat perjumpaan rakan, Felda Sg. Panching Selatan kena PKPD - Utusan Malaysia

Akibat perjumpaan rakan, Felda Sg. Panching Selatan kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini ia membabitkan Felda Sungai Panching Selatan dalam Mukim Kuala Kuantan 2, Daerah Kuantan.

Ia susulan pengumuman Kluster Sungai Panching Selatan semalam berpunca akibat satu perjumpaan rakan sebelum menjangkiti keluarga dengan 73 orang disah positif Covid-19.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, turut dikenakan PKPD di negeri tersebut ialah Kampung Orang Asli Sungai Bot di Batu 23, Jalan Manchis, Karak, Daerah Bentong dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Daerah Rompin selain dua lokaliti dalam Daerah Maran iaitu Kampung Paya Besar Kertau dan Felda Seroja Jengka 18 setelah beberapa lagi perkampungan di Gugusan Jengka itu dikenakan PKPD.

“Selebihnya melibatkan Sabah antaranya empat lokaliti dalam Bahagian Tawau iaitu Flat Sri Semarak, Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya dan Taman Sejati; Kampung Guunsing-Novunsu dan Kampung Koidupan, Daerah Penampang serta Kampung Baru Kimanis, Daerah Papar.

“Sementara baki dua lagi ialah Kampung Marau, Daerah Sipitang, Bahagian Pedalaman dan Kampung Tanjong Kapor, Bahagian Kudat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kata Hishammuddin, tujuh lokaliti di negeri itu akan berakhir PKPD melibatkan Taman Jaya Diri, Daerah Kota Kinabalu dan Kampung Pituru Kinarut, Daerah Papar; selain Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias, Daerah Beaufort; Kampung Tungkung, Bahagian Kudat; Perumahan Ladang Kim Loong, Daerah Beluran dan Kampung Telisai, Daerah Lahad Datu.

Baki meliputi tiga negeri juga tamat seperti ditetapkan setelah dikenakan PKPD sejak 26 Julai iaitu Medang Klebang Restu, Mukim Chemor, Daerah Kinta, Perak; Blok 5 Felda Keratong 7, Muadzam Shah, Daerah Rompin, Pahang serta asrama pekerja dan tapak bina Hospital Daerah Pendang, Kedah. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya