Agong zahir tahniah - Utusan Malaysia

Agong zahir tahniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, di atas kejayaan merangkul pingat perak buat negara.

Istana Negara dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga diatas kejayaan Muhammad Aziziulhasni membawa pulang pingat perak buat kontinjen negara di kejohanan sukan terbesar dunia, sekali gus melakar sejarah buat sukan lumba basikal trek negara dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pencapaian Muhammad Azizulhasni ini sebagai pencapaian yang amat bermakna kepada Malaysia.

“Semestinya seluruh rakyat Malaysia amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan oleh Muhammad Azizulhasni,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk’ Seri Reezal Merican Naina Merican dan barisan kejurulatihan pasukan basikal trek negara serta seluruh kontinjen negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga semua atlet negara akan memperoleh kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negara di kejohanan-kejohanan mendatang,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya