PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucap takziah kepada keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) Ke-7, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth, 92, yang meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), pagi ini. Dalam hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka dan Permaisuri turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga arwah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. “Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya