Agong kurnia bunga kepada Takiyuddin - Utusan Malaysia

Agong kurnia bunga kepada Takiyuddin

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerima kurniaan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berupa sejambak bunga.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai Takiyuddin kepada Utusan Malaysia.

TAKIYUDDIN HASSAN

Difahamkan Seri Paduka berkenan mengurniakan bunga itu kepada Takiyuddin yang sedang menjalani rawatan setelah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana menjalani pembedahan jantung.

“Ya, benar Datuk Seri menerima kurniaan bunga daripada Seri Paduka,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Takiyuddin telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu dan selamat menjalani pembedahan jantung.

Sumber memberitahu, ia dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung Pas itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama tiga jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai keluar esok (Selasa),” katanya.

Minggu lalu,Takiyuddin diasak pembangkang berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat yang dijelaskan pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos.

Tambah beliau, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan. -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya