64 pegawai PDRM bertukar, Hazani dilantik Pengarah KDNKA - Utusan Malaysia

64 pegawai PDRM bertukar, Hazani dilantik Pengarah KDNKA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran dan kenaikan pangkat berkuat kuasa 6 September depan.

Superintenden Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintenden Skandaguru Anandan berkata, Hazani akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Katanya, kekosongan jawatan ditinggalkan Hazani bakal diisi Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat Komisioner.

HAZANI GHAZALI

“Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di jabatan sama dengan memangku pangkat Komisioner manakala tempat beliau akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

“Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Muhamad Zaki Harun akan bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Ketua JSJ Melaka, Asisten Komisioner Shukri Kaman pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dan akan digantikan Asisten Komisioner Azlan Abu.

Ujarnya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainal Abdullah akan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan Undang-undang, JSJ Bukit Aman dengan memangku jawatan Senior Asisten Komisioner.

“Asisten Komisioner Noordellhan Yahaya akan memegang jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang baharu.

“Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dan tempatnya digantikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintenden S. Vijaya Rao dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya