62 penduduk dipindahkan akibat banjir kilat - Utusan Malaysia

62 penduduk dipindahkan akibat banjir kilat

SALAH sebuah rumah penduduk yang dimasuki air dalam kejadian banjir kilat di mukim Karangan, Kulim semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seramai 62 penduduk daripada 17 keluarga di tiga kampung di mukim Karangan dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Menengah Agama Ihsaniah, Jangkang di sini selepas kawasan terlibat dilanda banjir kilat, semalam.

Tiga kampung tersebut iaitu Kampung Banggol Penyengat, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Padang Limau dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga satu meter selepas air sungai melimpah berikutan bermula kira-kira pukul 4.30 petang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz berkata, mangsa terlibat dipindahkan ke PPS itu bermula pada pukul 7.30 malam selepas paras air semakin meningkat di kampung berkenaan.

Sementara itu, menurutnya, kebanyakan penduduk yang dipindahkan itu tinggal di kawasan rendah dan berdekatan dengan sungai.

“Seramai 62 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan di PPS iaitu 24 lelaki, 22 wanita, 16 kanak-kanak 16 orang dan dua orang orang kelainan upaya (OKU),” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, anggota APM memindahkan mangsa yang terlibat dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berikutan situasi pandemik Covid-19.

Menurutnya, agensi-agensi lain yang terlibat ialah Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, Pejabat Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung dan Polis Diraja Malaysia.

“Paras air di kampung terlibat didapati semakin surut hari ini dan mangsa banjir akan dibenarkan selepas keadaan banjir di kawasan tersebut pulih sepenuhnya,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya