PETALING JAYA: Pakar kesihatan berpendapat beberapa negeri yang mencatatkan jumlah penularan wabak Covid-19 rendah wajar dibebaskan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan. Bercakap dengan Utusan Malaysia, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, penamatan PKP di beberapa negeri itu akan memberi ruang untuk peningkatan ekonomi. “Sekiranya jumlah kes di negeri-negeri itu sudah ternyata rendah maka ada baiknya untuk membenarkan rakyat negeri itu kembali menjalankan aktiviti harian seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. “Walaupun PKP ditamatkan, aktiviti rentas negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya