USIM kurangkan yuran pelajar - Utusan Malaysia

USIM kurangkan yuran pelajar

KAMPUS Usim di Nilai, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) melaksanakan langkah pengurangan yuran pelajar semasa tempoh pandemik Covid-19 ini. 

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan memaklumkan, pemulangan yuran tersebut melibatkan yuran perkhidmatan dan yuran asrama.

“Memandangkan majoriti pelajar menjalani pembelajaran dalam talian dan tidak menikmati sebahagian kemudahan yang ada di kampus maka beberapa jenis yuran dilihat wajar dipulangkan kepada pelajar.

“Turut terlibat adalah yuran Majlis Konvokesyen Ke-18 berikutan terdapat pengubahsuaian terhadap pelaksanaan majlis konvokesyen yang hanya dijalankan secara ringkas dan tidak melibatkan banyak kos,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Jelas kenyataan itu, pada tahun 2021 sahaja, pihak USIM mengurangkan sebanyak RM4 juta melibatkan yuran yang dinyatakan tersebut.

“USIM juga akan mengekalkan langkah tersebut iaitu tidak mengenakan yuran yang dinyatakan apabila bermula semester baharu nanti jika pelajar masih lagi tidak dapat pulang ke kampus untuk mengikuti pembelajaran seperti biasa.

“Pengurangan yuran ini dilihat dapat mengurangkan beban pelajar daripada segi kewangan dan terpaksa menghadapi cabaran baharu dalam mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Pengurangan yuran ini juga diharap dapat membantu pelajar dalam mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sesuai bagi mengikuti kelas mereka,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN