STPM: Anak pemandu lori peroleh keputusan cemerlang - Utusan Malaysia

STPM: Anak pemandu lori peroleh keputusan cemerlang

S. Navanisha menujukkan keputusan cemerlang STPM 2020 yang diperolehnya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang anak kepada pemandu lori berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020.

S. Navanisha, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin berkata, sejak daripada awal dia sudah memasang tekad untuk mendapat keputusan cemerlang bagi memudahkannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda.

Menurutnya, ramai yang beranggapan STPM agak sukar dan membazirkan masa, namun baginya keadaan tidak seperti itu sekiranya pelajar konsisten mengulang kaji pelajaran.

“Saya bersyukur kerana bukan mudah untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana kaedah pembelajaran bersemuka lebih penting buat calon peperiksaan utama untuk memahami pelajaran.

“Bahkan, guru-guru banyak membantu supaya semua calon peperiksaan memahami pelajaran masing-masing dan rakan-rakan saya juga tidak kedekut ilmu serta saling bantu-membantu untuk belajar ketika pendemik Covid-19 ini,” katanya, di sini, tadi.

Navanisha yang bercita-cita bekerja sebagai psikologi klinikal turut bersyukur kerana sudah mendapat tawaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk temu duga secara dalam talian bagi kursus berkenaan tidak lama lagi.

Menurutnya, selain tawaran kursus berkenaan, dia juga sudah menduduki temuduga secara dalam talian bagi kursus undang-undang yang ditawarkan Universiti Malaya (UM).

“Keputusan STPM ini benar-benar membantu saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam.

“Tanpa sokongan keluarga, guru, rakan dan keluarga, saya tidak mampu mencapai keputusan sebaik ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Besar Tampin, Zul Senin berkata, Navanisha merupakan satu-satunya calon STPM 2020 yang mendapat PNGK 4.0 di daerah ini.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya