Sogo Johor juga ditutup - Utusan Malaysia

Sogo Johor juga ditutup

PUSAT beli belah Sogo di Kompleks The Mall Mid Valley Southkey, turut ditutup semula sejak semalam di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pusat beli belah Sogo di The Mall, Mid Valley Southkey, di sini yang beroperasi semula bermula Jumaat lepas kembali ditutup sejak semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di pusat membeli belah tersebut mendapati, kesemua tiga tingkat yang menempatkan pelbagai barangan itu tutup dengan terdapat notis yang ditampal pada bahagian pintu utama premis. 

Menurut seorang pengawal yang bertugas, pusat membeli belah tersebut hanya dibuka pada hari Jumaat, tetapi kembali tutup pada keesokkan harinya tanpa mengetahui sebabnya.

Pusat beli belah Sogo yang pertama di Johor mula beroperasi pada tahun 2019 terletak di dalam Kompleks The Mall Mid Valley Southkey, di sini.

Terdahulu, Kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, di ibu negara yang dijadualkan beroperasi setiap hari bermula Jumaat lepas, kembali tutup kecuali hanya tingkat lower ground ( LG) yang terdiri daripada restoran, kafe dan pasar raya dibuka.

Sogo Malaysia dalam satu hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, semua kedainya ditutup mulai hari ini sehingga diberitahu berikutan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu daripada pihak berkuasa.

Jumaat lepas, Sogo Malaysia memaklumkan pembukaan semula kompleksnya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.– UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya