PUTRAJAYA: Pengawalseliaan Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu solusi interim yang tidak akan mengubah sifat asal sebagai agensi unggul khususnya dalam pengurusan jemaah haji. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, TH tetap kekal melaksanakan fungsinya sebagaimana termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535]. Menurutnya, hal ehwal haji masih kekal di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala dari sudut TH pula, Lembaga Pengarah dan badan pengurusannya tetap mempunyai tanggungjawab utama dalam menentukan hala tuju serta pengurusan dan operasi haji.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya