Senaraikan Sabah dalam Fasa 2 PPN - Utusan Malaysia

Senaraikan Sabah dalam Fasa 2 PPN

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meminta Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk menyenaraikan  dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kes harian Covid-19 di Sabah agak terkawal maka, wajar untuk Sabah beralih kepada Fasa 2 PPN.

Beliau berkata, Sabah juga merayu agar kerajaan Pusat membekalkan segera bekalan vaksin yang kini semakin berkurangan.

Katanya, bekalan vaksin sedia ada tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan vaksin yang semakin meningkat.

“Saya difahamkan pihak hospital terpaksa menangguhkan temu janji penerima vaksin bagi dos pertama dan kedua kerana berhadapan kekurangan bekalan.

“Masalah sebegini sepatutnya tidak berlaku dalam usaha kita mempercepatkan pemberian vaksin bagi mencapai imuniti kelompok dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri memaklumkan terdapat sekitar 10,000 hingga 11,000 orang penerima vaksin dalam sehari.

Jumlah ini boleh ditingkatkan kepada 20,000 orang penerima sehari. Namun, bekalan vaksin yang terhad menyukarkan sasaran tersebut dicapai.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah ini berkata, kerajaan telah mempergiatkan pelbagai kempen kesedaran mengenai kebaikan vaksin termasuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ke kawasan luar bandar termasuk pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang baharu.

Bagaimanapun, berikutan bekalan vaksin tidak mencukupi usaha mempercepatkan proses vaksinasi ini terbantut.

Justeru, Bung Moktar meminta kerajaan Pusat khususnya kementerian berkaitan agar memandang serius isu ini bagi membolehkan keperluan Sabah dipenuhi selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sabah menyasarkan untuk memberikan vaksin kepada kira-kira 85 peratus rakyat di negeri ini menjelang Oktober.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya