Sebahagian taman awam di Pulau Pinang dibuka semula - Utusan Malaysia

Sebahagian taman awam di Pulau Pinang dibuka semula

TAMAN Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang dibuka semula kepada awam untuk aktiviti rekreasi yang dibenarkan selepas Pulau Pinang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebahagian besar taman awam di bawah seliaan Taman Botani Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dibuka semula untuk aktiviti rekreasi individu yang dibenarkan di bawah fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini. 

Pengerusi Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, taman-taman berkenaan antaranya Taman Bandaraya, Taman Botani dan lain-lain akan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 7 malam setiap hari. 

Katanya, ia akan dibuka untuk masyarakat dengan kapasiti maksimum iaitu antara 50 hingga 200  orang bagi taman-taman yang ditetapkan untuk aktiviti rekreasi individu dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter antara setiap individu. 

“Antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan di fasa kedua PPN termasuk joging, latihan individu, tai chi, berbasikal, papan luncur, memancing, berkuda, memanah, mendaki, tenis (perseorangan), golf dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Pulau Pinang beralih ke fasa kedua PPN hari ini yang mana beberapa aktiviti ekonomi akan dibuka semula dan lebih banyak aktiviti rekreasi dibenarkan. 

Menurut Lip Chee, beberapa kemudahan sukan di bawah seliaan PBT seperti sukan tenis, trek joging dan ping pong juga dibenarkan. 

“Bagi aktiviti mendaki, ia boleh dilakukan secara individu, mematuhi penjarakan fizikal dua hingga tiga meter, dalam lingkungan kediaman dan tidak merentas daerah,” katanya. 

Katanya,  semua taman awam dan rekreasi di kawasan kejiranan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga terbuka kepada orang ramai untuk aktiviti rekreasi individu yang dibenarkan di bawah fasa kedua PPN. 

“Namun, taman-taman di Seberang Perai yang tidak tersenarai akan ditutup dan ini termasuk Taman Wawasan, Anjung Bagan, Taman Pantai, Taman Bandar Ampang Jajar dan Taman Rekreasi Ampang Jajar Kerian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Bagaimanapun katanya, sepanjang fasa kedua PPN juga Kompleks Sukan Relau dan Stadium Batu Kawan masih ditutup. 

“Kawasan rekreasi di bawah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) seperti Empangan Teluk Bahang, Empangan Mengkuang, Empangan Air Itam dan Taman Rekreasi Bukit Dumbar juga ditutup,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya