Sayembara deklamasi puisi sempena Hari Malaysia - Utusan Malaysia

Sayembara deklamasi puisi sempena Hari Malaysia

RADZUAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR  : Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) akan menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) kali ke-2 bagi menyemai semangat patriotik dan kecintaan kepada negara dalam kalangan masyarakat.

Presidennya, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim berkata program tahunan PEMUISI  dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena sambutan Hari Malaysia itu akan diadakan secara dalam talian kerana negara masih berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik Covid-19.

Katanya sayembara itu merupakan reformasi dan pembaharuan dalam stail penyampaian puisi yang sama sekali berbeza  daripada gaya deklamasi biasa yang diamalkan.

“Dari segi format, SDPAHM membawa persembahan dengan cara dan gaya bebas mengikut kesesuaian. Persembahan boleh menggunakan bantuan teknikal seperti prop, muzik, slaid, gambar, grafik dan alatan lain yang menepati konsep dan puisi yang dipilih.  

“Ia berbentuk teaterikal dan  dramatik supaya memberi kesan terbaik  kepada penonton.  Deklamator bebas bergerak di pentas. Namun ia masih lagi mengekalkan pemarkahan dari segi penyampaian, kelancaran dan penjiwaan atau penghayatan terhadap teks puisi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzuan berkata pertandingan akhir akan diadakan pada 15 September menerusi siaran langsung secara dalam talian di laman Facebook DBP dan PEMUISI BERKARYA.

Katanya, PEMUISI menyediakan hadiah menarik kepada para pemenang termasuk piala pusingan SERI PEMUISI untuk juara serta piala iringan dan wang tunai.

Beliau berkata semua puisi yang dipertandingkan diambil daripada ‘Antologi Puisi Malaysia Satu – Teks Sayembara Puisi Hari Malaysia’.

“Peserta boleh membeli buku tersebut serta mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Setiausaha Agung PEMUISI  Zaleena E-naa (012- 502 5688) atau Penolong Setiausaha Agung  Marzelan Md Jusoh (013- 269 5581),” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya