Satu Malaysia beli ros dijual dalam talian - Utusan Malaysia

Satu Malaysia beli ros dijual dalam talian

ANASIKA Zainal menanam lebih 3,000 pokok ros di Eyka Rose Garden, Pendang, Kedah. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG:  Melabur dalam perniagaan ketika zaman pandemik memang berisiko namun itu tidak mematahkan semangat pengusaha nurseri pokok ros, Anasika Zaina di pekan Pendang di sini.

Menurut Anasika, 51, dia membuka perniagaan, Eyka Rose Garden pada Januari lepas dengan modal RM200,000 sebelum terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seingat saya buka untuk jualan terus kepada pelanggan dua minggu sahaja, lepas itu terpaksa tutup.

“Memang memeningkan juga memikirkan sebab sudah labur banyak termasuk untuk bina rumah hijau. Selain itu saya terfikirkan nasib enam pekerja saya juga, jadi saya tidak mempunyai pilihan selain menjual secara dalam talian,” katanya ketika ditemui di nurseri pokok ros tersebut di Pendang Lake Resort di sini semalam.

Kata Anasika, beliau bernasib baik kerana jualan secara dalam talian itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar bunga ros di seluruh negara.

“Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan kerana pembeli datang dari seluruh negara selain Shopee kami turut jual melalui media sosial, Facebook dan Telegram.

“Saya tidak mempunyai pilihan kerana modal pusingan diperlukan lebih RM60,000,” katanya.

Katanya, terdapat lebih 3,000  pokok bunga ros di Eyka Rose Garden daripada 300 spesies termasuk 500 daripadanya mempunyai nama atau jenis tersendiri yang mana jenis Red Baccara paling digemari ketika ini.

 

 

 

 

ANASIKA Zainal (kanan) dibantu pekerjanya membungkus bunga ros yang ditempah secara dalam talian di Eyka Rose Garden, Pendang, Kedah. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH

“Selain tapak semaian, Eyka Rose Garden turut mempunyai sebuah taman bunga ros khusus untuk dilawati pengunjung. Sebelum PKP ini ramailah datang bukan sahaja untuk membeli pokok ros tapi melawat taman ros ini dan bergambar,” jelasnya.

Bercerita tentang pembabitan awalnya dalam  perniagaannya itu kata Anasika, ia bermula dengan minatnya terdapat tanaman tersebut yang dianggap sebagai terapi yang terbaik untuk stres terutama ketika berdepan dengan pandemik.

“Saya mula tanam di laman rumah dengan 70 pokok bunga ros untuk mengisi masa lapang kemudian kawan tengok, minat dan minta beli. Banyak yang bagi pandangan kenapa tak buka bisnes saja dan dari situ perniagaan ini bermula,” katanya.

Bercakap tentang masa depan, kata Anasika, beliau berharap untuk membuka cawangan di daerah lain juga untuk memberi peluang kepada penggemar bunga ros memiliki koleksinya terutama yang sukar diperoleh di negara ini.

Selain menjual pokok bunga, katanya, Eyka Rose Garden juga menjual pelbagai produk tanaman yang lain seperti baja dan penggalak pokok.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya