Rodzi dilantik KP Keselamatan Negara baharu - Utusan Malaysia

Rodzi dilantik KP Keselamatan Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, 57, dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman pelantikan itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali menerusi satu kenyataan di sini.

Mohd. Zuki berkata, Rodzi berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan dan pengurusan bencana.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) daripada Universiti Malaya.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Rodzi, saya yakin beliau mampu menerajui MKN dalam meneruskan legasi kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan keselamatan dan bencana di Malaysia terutamanya menangani pandemik Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya