Renjatan kilat : Suhasniza trauma masak, guna sudip - Utusan Malaysia

Renjatan kilat : Suhasniza trauma masak, guna sudip

NUR Anis Nabihah Mohd. Zammil ketika dirawat di Hospital Hulu Terengganu selepas terkena renjatan kilat di kediamannya di Kampung Kuala Por di Hulu Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Tiga beradik yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu akibat terkena renjatan kilat sudah dibenarkan pulang, lewat petang kelmarin.

Ibu mereka, Suhasniza Sahaimi, 39, berkata, ketiga-tiga anaknya iaitu Nur Anis Nabihah Mohd. Zammil, 17; Adam Rifqi, 10; dan Muhammad Zafran Rayqal, 7, tiba di rumah kira-kira pukul 9 pagi ini selepas bermalam di rumah nenek mereka di Kuala Terengganu.

“Syukurlah anak-anak sudah dibenarkan keluar hospital pada pukul 6 petang semalam dan emosi mereka juga stabil cuma Nur Anis Nabihan masih terasa sakit serta lemah semangat.

“Insiden itu turut menyebabkan saya takut untuk memasak apatah lagi memegang sudip kerana terbayang kejadian kelmarin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.

Kelmarin, tiga beradik yang tekun mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di rumah mereka terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terkena renjatan kilat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang kelmarin, turut mengalami nasib sama ialah sepupu mereka, Nur Salwana Najihah Abdullah, 16, serta Suhasniza yang ketika itu sedang memasak di dapur di bahagian luar kediamannya di Kampung Kuala Por di sini.

Suhasniza berkata, bagi mengurangkan rasa sakit terkena renjatan kilat dia turut menggunakan daun kelembang yang ditampal pada badan sebagai rawatan alternatif, malah dapur memasak turut dipindahkan ke tempat lain.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak termasuk pengurusan sekolah yang prihatin dengan tragedi menimpa keluarganya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya