Punca reman pemilik Rumah Bonda ditolak - Utusan Malaysia

Punca reman pemilik Rumah Bonda ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Permohonan reman pemilik Rumah Bonda ditolak mahkamah kerana ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari waktu wanita itu ditahan polis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam mewakili pemilik Rumah Bonda, Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor berkata, anak guamnya telah ditahan pada pukul 12 tengah hari kelmarin manakala permohonan reman yang dibuat di lokap Jinjang pada pukul 1 petang semalam.

NUR’AMINAHTUL MARDIAH MD. NOR

“Selain itu, terdapat percanggahan waktu tangkapan dalam diari penyiasatan laporan tangkapan dan juga dengan waktu tangkapan sebenar di rumah anak guam saya semalam.

Ketika prosiding reman, saya membangkitkan isu pelanggaran Seksyen 28, Seksyen 117 (1) dan Seksyen 117 (3) Kanun Prosedur Jenayah iaitu berkaitan hak ditangkap dan prosedur penyiasatan serta Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan (kebebasan diri),” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu polis memaklumkan permohonan reman terhadap pemilik Rumah Bonda yang ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah ditolak mahkamah.

Media sebelum ini melaporkan remaja sindrom down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Kisah itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Dalam pada itu, Nur’Aminahtul Mardiah memaklumkan penahanan anak guamnya tiada mempunyai kaitan dengan kes Bella seperti yang hangat diperkatakan oleh orang ramai sekarang.

Katanya, ia dibuat untuk membantu siasatan berhubung Seksyen 506 Kanun Keseksaan (melakukan ugutan) dan Seksyen 16A(1) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, wanita berusia 29 tahun itu ditahan  selepas diminta hadir ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jelas beliau, kertas siasatan baharu telah dibuka pada 14 Julai lalu dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya