Pulau Bum Bum Semporna serlah potensi sebagai tapak selaman makro - Utusan Malaysia

Pulau Bum Bum Semporna serlah potensi sebagai tapak selaman makro

Ahmad Zaki menjalankan kajian lapangan mengenai spesies makro baharu yang ditemukan di Pulau Bum Bum Semporna. – IHSAN Ahmad Zaki Abu Bakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Apabila menyebut tentang selam skuba di Semporna, Sabah destinasi pertama terlintas dalam fikiran penyelam adalah Pulau Sipadan mahupun Pulau Mabul.

Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan aktiviti selaman di Pulau Bum Bum yang ternyata mempunyai tarikan tersembunyi.

Bagi penggemar fotografi di dasar laut, Pulau Bum Bum antara lokasi menarik untuk merakam spesies makro yang unik dan jarang dijumpai di tapak selaman lain.

Spesies baharu yang dijumpai di Pulau Bum Bum turut didokumentasikan melalui Idiomysis bumbumiens sp.nov., a new mysid species (Mysida, Mysidae Anisomysini from Asia Tenggara’ dan diterbitkan dalam jurnal Zoosistematik dan sains evolusi hidupan pada 9 Julai lalu.

Malah kajian mengenai A new species of Cerapus (Amphipoda: Senticaudata: Ischyroceridae) from Pulau Bum Bum, Sabah, Malaysia, with identification key to Cerapus species turut diterbitkan dalam Zootaxa pada 24 Jun 2020.

Penemuan spesies baharu ini dirakam melalui lensa kamera ketika jurukamera dasar laut Ag Ahmad Zaki Abu Bakar,43, bersama Persatuan Pelancongan Semporna menjalankan kerja-kerja sukarelawan di dasar laut Pulau Bum Bum.

Malah pada 2019, penggemar fotografi dasar laut ini turut menghasilkan video komersial tapak selaman makro di Pulau Bum Bum.

Spesies makro memerlukan penggemar fotografi dasar laut menggunakan lensa makro bagi menangkap hidupan marin yang bersaiz kecil iaitu kurang daripada lima milimeter (mm) kerana ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Jika dilihat kedua-dua spesis baharu ini iaitu Cerapus bumbumiensis dan Idiomysis bumbumiensis ini hanya bersaiz satu milimeter (mm). Cerapus kelihatan seakan-akan udang.

Ahmad Zaki berkata, biasanya penggemar selaman makro akan memilih Lembeh di Indonesia atau Anilao di Filipina yang diiktiraf sebagai tapak selaman makro terbaik untuk penggemar fotografi dasar laut.

“Video yang dihasilkan pada 2019 bertujuan memperkenalkan Pulau Bum Bum, Semporna sebagai tapak selaman makro yang berpotensi tinggi untuk menarik perhatian penggemar fotografi dasar laut,” katanya.

Malah katanya, rakaman video tersebut berjaya menarik perhatian penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Azman Abdul Rahim.

Spesies Cerapus bumbumiensis yang bersaiz satu mm yang ditemui di dasar laut Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. – IHSAN Ahmad Zaki Abu Bakar

Berikutan itu, pengkaji dari Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin UKM turut meminta Ahmad Zaki untuk melakukan kajian terperinci mengenai spesis baharu dalam rakaman video tersebut.

Justeru, Ahmad Zaki kembali mendokumentasikan spesis makro itu dengan melakukan persampelan di lapangan pada awal tahun lalu.

“Selepas setahun menjalankan penyelidikan mengenai spesies ini dengan sokongan daripada badan antarabangsa, kertas penyelidikan bagi kedua-dua spesies baharu itu berjaya diterbitkan masing-masing pada 24 Jun 2020 dan 9 Julai lalu,” katanya.

Jelas Ahmad Zaki, penemuan spesies baharu di Pulau Bum Bum ini membuktikan pulau yang terletak kira-kira 15 minit dari pekan Semporna menaiki bot ini mempunyai potensi sebagai tapak selaman makro dan ia standing dengan negara jiran yang lain.

Menurut beliau, penemuan spesies Cerapus bumbumiensis sp dan Idiomysis bumbumensis sp di Pulau Bum Bum ini akan membantu menjemakan pulau tersebut sebagai produk selaman baharu bagi industri pelancongan Sabah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN