PKPD: Tiga SJR di mukim Sura - Utusan Malaysia

PKPD: Tiga SJR di mukim Sura

BAHARUDIN Abdullah (tengah) membuat pemeriksaan di sekatan jalan raya di mukim Sura, di Dungun, semalam. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis melakukan tiga sekatan jalan raya (SJR) di mukim Sura di sini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kawasan terlibat ialah di Lorong Angsana, Lorong Balai Raya dan simpang tiga Jalan Gong Pasir.

Di samping itu, katanya, sebanyak 11 laluan tikus turut ditutup di Lorong Balai Raya satu hingga tujuh; dua susur keluar ke Kampung Che Lijah; pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Pasir dan di pintu belakang pagar sekolah berkenaan.

“Setakat ini, kita menggunakan pagar besi untuk menutup laluan itu, namun, kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya lorong tersebut ditutup menggunakan penghadang batu,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan persiapan SJR di Kampung Gong Pasir, semalam.

Baharudin berkata, sekatan jalan raya dan rondaan sudah dilakukan sejak semalam bagi memantau pergerakan keluar masuk penduduk di mukim itu, selain kawalan ketat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

PKPD mukim Sura yang berkuat kuasa hingga 23 Julai ini melibatkan seramai 1,570 penduduk dengan 318 rumah di tiga lokaliti iaitu Perumahan Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam.

Sehingga semalam, 79 kes positif Covid-19 dicatatkan daripada Kluster Gong Pasir di mukim tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya