PKPD: Penduduk banjiri pasar raya di Selangor [video] - Utusan Malaysia

PKPD: Penduduk banjiri pasar raya di Selangor [video]

Kesesakan berlaku di kaunter pembayaran di sebuah pasar raya di Selangor semalam berikutan kehadiran pengunjung yang membuat pembelian panik menjelang pelaksanaan PKPD di negeri itu. - UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasar raya besar di Selangor dibanjiri penduduk setempat yang dilihat membuat pembelian panik semalam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula esok.

Tinjauan Utusan Malaysia dekat beberapa pasar raya di negeri ini di Shah Alam dan Puncak Alam, orang ramai dilihat mula beratur seawal pukul 8 pagi sehingga ke bahagian luar bangunan bagi mendapatkan barangan keperluan.

Malah kehadiran pengunjung semakin ramai menjelang tengah hari sehingga pihak pengurusan terpaksa menyekat kemasukan secara beramai-ramai bagi mengelakkan kesesakan di dalam premis.

Seorang pengunjung, Suzana, 35, ketika ditemui berkata, dia membeli-belah pada hari ini kerana bimbang bahan makanan asas tidak ada stok di pasar raya dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Tadi saya ke beberapa pasar raya lain sebelum ke sini, tetapi di sana lebih ramai orang datang membuatkan pihak pengurusan di sana minta orang ramai beratur terlebih dahulu.

MENJELANG pelaksanaan PKPD, orang ramai kelihatan berbaris panjang dekat sebuah pasar raya besar di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor sebelum dibenarkan masuk. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

“Hari ini habiskan kira-kira RM300 untuk stok makanan bagi saya lima sekeluarga,” katanya

Dalam pada itu, wartawan turut meninjau bahagian dalam pasar raya dan melihat terdapat banyak barangan keperluan seperti ayam mentah, minyak masak bersubsidi dan barangan basah lain masih ada.

Ketika bertanya kepada seorang lagi pengunjung,  Daud, 38, menyatakan situasi hari ini mengingatkannya kepada pembelian panik sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan, Mac tahun lalu. 

“Tapi kali ini, pihak pasar raya dilihat telah mengambil stok bahan makanan banyak, dengan ada lagi beras, minyak masak dan beberapa lain yang ada di rak jualan. 

“Apapun, saya harap PKPD tidak akan dilanjutkan selepas ia tamat pada 16 Julai,” katanya yang tinggal di Seksyen 13, Shah Alam. 

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hampir keseluruhan negeri Selangor dikenakan PKPD bermula hari ini sehingga 16 Julai.

Sebanyak 38 kawasan terlibat di kesemua lapan daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya