PKPD Lembah Klang: Harga durian 'luruh' - Utusan Malaysia

PKPD Lembah Klang: Harga durian ‘luruh’

KHAIRUL Anuar Zainal Azman (kiri) dan seorang pekerjanya, Faizal mengutip buah durian di dusun durian di Kampung Dusun Umbut, Chennah, Jelebu baru-baru ini. -UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur menyebabkan jualan durian di daerah ini turut terkesan malah harganya juga jatuh.

Seorang peraih durian di Kenaboi, dekat sini, Khairil Anuar Zainal Azman, 49, berkata, selepas pengumuman PKPD itu, ramai pelanggan dan peraih mula membatalkan tempahan yang dibuat sebelum ini.

KHAIRUL ANUAR ZAINAL AZMAN (kiri) MUHAMMAD ANIS MD. NOH

“Saya telah terima tempahan seawal 23 Jun lalu apabila musim durian di Kampung Chennah ini dan sejak itu peraih sudah mula datang dan menempah durian dari dusun-dusun di sini.

“Kini durian itu kami terpaksa jual dengan harga rendah kepada penduduk sekitar dan peraih-peraih dari daerah lain supaya buah ini tidak rosak begitu sahaja dan kami boleh mendapat semula modal kami,” katanya kepada Mingguan Malaysia di Kampung Dusun Umbut, Chennah dekat sini semalam.

Tambahnya, jika sebelum ini dia mampu menjual durian kampung dengan harga paling rendah RM8 bagi setiap kilogram namun kini terpaksa menjual pada harga serendah RM6.50 sekilogram.

“Saya sebelum ini mengambil durian daripada beberapa pengusaha durian dengan harga RM6.50 sekilogram, memang tidak berbaloi tetapi saya mahu ambil modal yang telah dilabur.

“Memang harga sudah jatuh, ditambah dengan harga yang memang rendah memandangkan durian di daerah ini kurang menjadi kali ini kerana cuaca hujan menyebabkan ‘bunga’ tidak begitu menjadi,” katanya lagi.

Seorang lagi peraih, Muhammad Anis Md. Noh, 54 pula berkata, pada awal musim durian baru-baru ini dia boleh jual sekitar 500 kilogram raja buah itu kepada peniaga di Kuala Lumpur dengan harga RM9 hingga RM10 sekilogram.

“Saya antara enam orang peraih di Chennah ini yang menjual terus kepada peniaga di Kuala Lumpur dan pada peringkat awal musim memang ia menguntungkan. Bagaimanapun, kini apabila PKPD diumumkan saya jual dengan harga serendah RM4 sekilogram bagi durian kampung,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

KHAIRUL Anuar Zainal Azman menunjukkan durian yang luruh di luar musim yang dijual kepada penduduk sekitar dan peraih ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kampung Chennah, Jelebu -UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya