PKPD di 34 mukim Selangor ditamatkan - Utusan Malaysia

PKPD di 34 mukim Selangor ditamatkan

Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba Shah Alam melakukan semburan cecair pembasmi kuman di dalam dewan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IDCC Seksyen 15, Shah Alam. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim dalam Selangor tidak disambung dan tamat mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu tengah malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terlibat.

ISMAIL SABRI YAAKOB

“Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di semua mukim yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua 34 mukim di Selangor itu dikenakan PKPD selama dua minggu bermula 3 Julai lalu.

Mukim-mukim terbabit ialah daerah Petaling (Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja), Hulu Langat (Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang) dan Sepang (Dengkil, Labu, Sepang).

Selain itu ia turut membabitkan mukim di daerah Gombak (Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang), Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu).

Selain itu, mukim di daerah Klang yang terbabit ialah Kapar dan Klang serta Kuala Selangor (Ijok, Bestari Jaya, Jeram), Hulu Selangor (Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya