Perluas DMZ ke seluruh Hospital Angkatan Tentera - Utusan Malaysia

Perluas DMZ ke seluruh Hospital Angkatan Tentera

Dr. Zulkeffeli (tengah) meninjau keadaan DMZ HAT Tuanku Mizan semasa sesi taklimat pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terdapat keperluan menaik taraf ruang parkir Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara dengan  Zon Pengurusan Bencana (DMZ) terutama dalam situasi peningkatan kes Covid-19.

Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, bagaimanapun berkata,segala tindakan tersebut bergantung kepada keadaan dan kemudahan hospital terbabit.

Malah katanya, konsep yang sama akan dibina di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kem Terendak, Sungai Udang  apabila proses menaik taraf dibuat pada masa akan datang.

“Jika diikutkan memang ada keperluan (bina fasiliti DMZ). Tapi (keadaan) hospital lain hospital lama.

” Apabila 94 HAT Kem Terendak dinaik taraf konsep yang sama akan dibuat. Malah saya rasa Kementerian Kesihatan turut melihat konsep DMZ  sesuai diguna pakai untuk penerimaan pesakit bukan sahaja ketika penularan Covid-19 tetapi ketika bencana lain, ” katanya dalam sesi taklimat DMZ HAT Tuanku Mizan di sini, hari ini.

Ruang parkir  di hospital berkenaan sebelum ini digazetkan sebagai DMZ semasa awal pembinaan  bagi menghadapi kes bencana kimia dan teknologi dengan dilengkapi pelbagai kemudahan elektrik, oksigen serta bantuan sokongan perubatan.

Sebanyak lima pakar perubatan; seorang  pakar bius; seorang pakar kecemasan dan sembilan pegawai perubatan dengan dibantu jururawat 82 orang staf tentera  pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di samping Kementerian Kesihatan bertugas di DMZ terbabit.

Dalam pada itu Dr. Zulkeffeli berkata, DMZ  HAT Tuanku Mizan siap sepenuhnya pada 8 Julai lalu mampu menempatkan sehingga 200 katil pesakit dalam satu-satu masa terutama bagi menangani kes di Lembah Klang.

“Pada asalnya kapasiti DMZ ini ialah 50 katil. Selepas itu kita kembangkan 150 katil dan sekarang kita fokus pada kategori empat dan lima  kerana pesakit ini memerlukan rawatan khusus terutama yang memerlukan oksigen,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah HAT Tuanku Mizan, Brigedier Jeneral Datuk Dr.  Rosman Abd. Rahman berkata, pesakit Covid-19 di hospital berkenaan bukan hanya terdiri anggota atau pesara ATM, tetapi turut melibatkan orang awam.

“Ketika ini 43 dirawat di kategori empat, dua pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 10 di kategori tiga.

“Kita juga akan terima bantuan daripada jururawat terlatih dari Kementerian Kesihatan pada esok,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya