Perluas bantuan bakul makanan kepada pelajar - Utusan Malaysia

Perluas bantuan bakul makanan kepada pelajar

ABDUL KHALIM AL-AZIZI SYAHRIL (kiri) dan KONG HENG LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Kerajaan diminta memperluaskan pemberian Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada para pelajar yang berada di kampus-kampus universiti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Abdul Khalim Al Azizi Syahril,23, berkata, kebanyakan pelajar yang berada di kampus ketika ini turut terkesan khususnya dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

Katanya, sememangnya, pemberian bantuan makanan seperti roti, biskut, minuman dan pelbagai lagi makanan kering lain menjadi antara keperluan para pelajar.

Jelasnya, di universiti ini, lebih 3,000 pelajar berada di kampus dengan kebanyakan mereka menghadapi masalah capaian internet dan persekitaran kurang kondusif di kampung.

“Pada masa ini, boleh dikatakan 100 peratus proses pembelajaran secara dalam talian kami berada di kampus kediaman sahaja,” kata pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mekanikal itu di sini  kelmarin.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Abdul Khalim berkata, pelan data internet juga dilihat menjadi antara keperluan memandangkan proses pembelajaran ketika ini adalah 100 peratus secara dalam talian.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Luar Kampus Gambang, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kong Heng Leong berkata, penuntut di kampus universiti sama seperti rakyat lain juga memerlukan bantuan kerajaan.

“Penuntut yang masih kekal dalam kampus memerlukan bantuan makanan dan ia inisiatif yang amat baik bagi meringankan beban pelajar,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, terdapat 2,326 penuntut di kampus itu termasuk yang tinggal di luar dan UMP telah mengedarkan lebih 3,000 pek makanan Kasih Sayang kepada para penuntut terlibat hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yayasan UMP dan Food Bank Malaysia.

“Terdapat juga bantuan Kupon Makan Kasih, RM7 sehari untuk penuntut yang betul-betul susah dan mereka hanya perlu menghubungi pengetua atau felo di residen pelajar,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya