Perlu 800 sukarelawan myVAC, yang mohon 2,000 - Utusan Malaysia

Perlu 800 sukarelawan myVAC, yang mohon 2,000

MOHAMAD Taufek Abd. Ghani (dua dari kiri) menyerahkan kerusi roda bagi kemudahan di PPV Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban yang mula beroperasi hari ini.UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jumlah belia yang memohon untuk  menjadi sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (myVAC) dalam membantu melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Negeri Sembilan mencecah 2,000 orang walaupun yang diperlukan antara 700 hingga 800 orang sahaja

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani menunjukkan bahawa belia di negeri itu mempunyai semangat kesukarelawanan tinggi bagi membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok. 

“Difahamkan jumlah belia yang memohon sebagai sukarelawan myVAC adalah lebih 2,000 orang, namun sukarelawan yang diperlukan di Negeri Sembilan hanya sekitar 700 ke 800 orang sahaja. 

“Jumlah sukarelawan yang diperlukan adalah kecil tetapi yang memohon sangat ramai,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Belia dan Sukan, Paroi yang mula beroperasi hari ini. 

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kerusi roda dan barang keperluan lain bernilai RM5,000 bagi kegunaan orang ramai yang mendapat suntikan vaksinasi Covid-19 di PPV berkenaan. 

Menurut Mohamad Taufek, penyertaan golongan belia sebagai sukarelawan myVAC perlu diberikan pujian walaupun ada sebahagiannya ekoran terjejas pendapatan dan mereka mengambil peluang ini. 

“Keberadaan sukarelawan ini membolehkan urusan di semua PPV berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. 

“Selain itu, banyak kelebihan menjadi sukarelawan ini antaranya mereka akan divaksin dahulu sebagai langkah pencegahan kerana bertugas memberi perkhidmatan kepada penerima vaksin terutama warga emas,” katanya. 

Sementara itu, seorang sukarelawan myVAC yang juga pekerja kilang, Nurulnabihah Anuar, 25,  berkata, dia berasa bersemangat dapat membantu masyarakat mendapatkan vaksinasi selain dapat menimba pengalaman baharu.

NURULNABIHAH Anuar membantu seorang warga emas yang hadir menerima vaksin di PPV Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban yang mula beroperasi hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

“Saya sendiri yang hendak mendaftar sebagai sukarelawan kerana ini peluang terbaik bagi saya membantu kerajaan menjayakan PICK.

“Walaupun hanya memberi sumbangan kecil saya rasa gembira selain mendapat elaun sebanyak RM70 sehari daripada pihak kilang yang turut menjadi penyelaras sukarelawan myVAC di sini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya